Majlis Perasmian Program Visit My Kampung Homestay Kota Aur
@ PERDA
17 September
2022 Hits: 291 Rating:
17 September 2022
| Penaga
Program ini telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan
Ekonomi PERDA, Seksyen Pembangunan Perniagaan. Objektif program ini adalah
bertujuan sebagai suntikan booster kepada pengusaha-pengusaha homestay untuk
kembali beroperasi dengan lebih aktif selepas sektor pelancongan yang terjejas
teruk akibat pandemik Covid-19.
Selain itu ia juga bertujuan mempromosikan homestay dengan
aktiviti trademark mengikut lokasi masing-masing dan mewujudkan jaringan
kerjasama antara agensi, penyelaras dan pengusaha homestay, pemimpin tempatan
dan jugak penduduk setempat dalam usaha untuk melonjakkan nama dan kawasan
setempat.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Reezal
Merican Naina Merican, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap
Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Kepala
Batas, Pulau Pinang.
Turut hadir bersama YB Dato’ Muhammad Yusoff bin Mohd Nor
Pengerusi Jawatankuasa Focus Group Warisan, Kesenian, Budaya dan Pelancongan,
Yang Berusaha Encik Zulkifli Bin Rashid, Pegawai Daerah Seberang Perai Utara,
Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Asri Bin Baharum, Timbalan Pengurus Besar
(Pembangunan) Menanggung Tugas Pengurus Besar Perda, Puan Norhayati binti
Ishak, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) PERDA, ACP Mohd Radzi Bin Ahmad,
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Yang Berusaha Puan Mariza Binti Abd
Majid@Aziz, Pengarah Bahagian penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang majlis
ini antaranya pertandingan mewarna kanak- kanak, Pertandingan menangkap ikan
keli, Pertandingan Bola Sepak Bendang Kain Pelikat, Lari Dalam Guni, Tarik Upih
dan persembahan silat.
#perda
#merealisasikanharapanrakyat
#kplb
#luarbandarsejahtera
#homestaypulaupinang
#homestaykotaaur
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Reezal Merican Naina Merican
YB Dato’ Muhamad Yusoff Mohd Noor
Mohd Asri Baharum
MOTAC Penang
IPD Seberang Perai Utara
Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang
Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Pulau Pinang
Homestay Kota Aur
No comments:
Post a Comment