GALERI
Program 'Visit My Kampung Homestay Kota Aur'
Oleh FOTO BERNAMA17 September 2022 03:15pmMasa membaca: 1
minit
Kanak-kanak Kampung Kota Aur, Kepala Batas mengambil
bahagian dalam acara lari dalam guni dan acara tarik upih semasa menyertai
Program Visit My Kampung Homestay Kota Aur@Perda hari ini.
Program yang dikendalikan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah
Pulau Pinang (PERDA) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu bertujuan
sebagai suntikan booster kepada pengusaha-pengusaha homestay untuk kembali
beroperasi dengan lebih aktif selepas sektor pelancongan yang terjejas teruk
akibat pandemik COVID-19.
Ia sekaligus bagi mempromosikan homestay dengan aktiviti
trademark mengikut lokasi masing-masing dan mewujudkan jaringan kerjasama
antara agensi, penyelaras dan pengusaha homestay, pemimpin tempatan dan juga
penduduk setempat dalam usaha untuk melonjakkan nama dan kawasan setempat.
No comments:
Post a Comment